Sebab-sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah
Posted In:
Artikel
.
By soha
sumber: friendster bulletin
Walau bagaimanapun untuk mendapat
hidayah ada bermacam-macam sebab atau
ada berbagai-bagai cara yang di anatara
satu sama lain tidak sama. Di antara
sebab seseorang itu mendapat hidayah
adalah seperti berikut:
dia lahir di dalam keluarga yang
beragama, maka dia mendapat didikan
secara langsung dan praktikal daripada
suasana keluarga. Orang ini agak
bernasib baik.
dia yang lahir-lahir sahaja Allah telah
bekalkan kesedaran dan petunjuk. Dari
kecil lagi sudah suka kepada kebaikan
dan kebenaran. Dia terus mencari dan
mengamalkan. Orang sepeti ini amat
sedikit. Ini adalah pemberian Allah
secara wahbiah (secara anugerah).
orang yang di dalam perjalanan hidupnya
terjumpa golongan atau kelompok yang
beragama Islam dan mengamalkan syariat.
Manakala dilihat kehidupan mereka
begitu baik dan bahagia lantas mengikut
golongan itu.
orang yang sentiasa mencari-cari
kebenaran, mereka sentiasa membaca,
mengkaji, memperbandingkan serta
melihat-lihat berbagai golongan dari
berbagai-bagai agama dan ideology serta
bergaul dengan golongan-golongan itu,
maka akhirnya mereka bertemu dengan
kebenaran.
orang yang mendapat pendidikan Islam,
mendengar ceramah agama, ikut kursus
agama, menghadiri majlis-majlis agama,
maka dia mendapat petunjuk dari mengaji
dan mendengar itu.
orang yang diuji oleh Allah, mungkin
selepas kaya jatuh miskin, atau
mendapat sakit teruk, atau ditimpa
bencana alam dan lain-lain lagi maka di
situ dia sedar dan insaf. Lantaran itu
dia mendekatkan dirinya kepada Allah
SWT.
orang yang mendapat kebenaran, kerana
Allah mengizinkannya mengalami alam
kerohanian seperti melihat di dalam
mimpi Alam Barzakh, melihat orang kena
azab atau dia sendiri yang kena azab
atau melihat gambaran Qiamat atau Allah
perlihatkan kepadanya pokok sujud,
pokok bertasbih dan lain-lain kejadian
yang ajaib. Selepas itu dia pun kembali
kepada kebenaran.
orang yang sedar setelah melihat ada
golongan atau keluarga yang kehidupan
dunianya begitu hebat, rumah besar,
kaya aya, kenderaan mewah, harta banyak
tetapi kehidupan keluarga itu sentiasa
porak peranda, krisis sering berlaku,
berkasih sayang dan ukhwah tidak ada,
masing-masing membawa haluan sendiri
maka dari peristiwa itu dia sedar dan
dia insaf bahawa kemewahan hidup tidak
menjamin kebhagiaan di dunia apatah
lagi di Akhirat kelak.
orang yang sentiasa mengalami kehidupan
mewah, serba ada, apa yang hendak semua
dapat, pangkat ada, duit banyak, namun
kebahagiaan tidak dirasai, kehidupan
keluarga porak peranda lantas dia insaf
dan sedar dan akhirnya mencari jalan
kebenaran.
orang yang dapat petunjuk kerana ada
orang yang soleh atau orang yang
bertaqwa mendoakannya, lantas doa itu
dikabulkan oleh Allah, maka Islamlah
dia sepertimana Sayidina Umar Al
Khattab dapat petunjuk kerana doa
Rasulullah SAW.












3 Responses to Sebab-sebab Seseorang Itu Mendapat Hidayah
This post has been removed by the author.
Segala Puji Hanya Bg Allah. Allah berhak memilih sesiapa jua yg ingin diberi-Nya hidayah. Allah SWT telah berfirman dlm al-Quran ketika menerangkan bhw Dia berhak memilih Nabi Muhammad SAW yg drp keturunan Arab sbg Rasul-Nya, bkn dr gol.Bani Israel yg mempertikaikan pemilihan baginda SAW. Alangkah beruntungnya manusia yg dipilih utk mendpt hidayah, maka dgn itu jgnlah kita sia-siakan apb mata hati sudah terbuka. Usahakan mencapai redha-Nya selagi nadi masih berdenyut & nafas masih berhembus. Apb tiba masanya, tinggalkanlah dunia yg penuh tipu & daya ini tanpa sbrg penyesalan menuju kehidupan yg kekal abadi, Insyallah amin.
Alhamdulillah..ALLAH sahaja yg berhak memilih hmbaNYA untuk dberikan hidayah,justeru itu sebagai hambaNYA yg sentiasa mendambakan nikmat iman dan hidayah NYA,henadaklah sentiasa berusaha ke arah itu..ALLAH Maha mengetahui setiap umatNYA yg berusaha untuk mencari syurgaNYA lantaran mendapatkan keredhaanNYA....so,istiqamah..
Something to say?