Blog Tazkirah Online - Nasyid Download
Mp3 Nasyid | Tazkirah | Kisah Teladan | Kisah Nabi | Kata-kata Hikmah

Ade Ahad lepas aku pegi satu function kat damansara untuk enjoy.. Tak tak jadi enjoy rupenye. Tak pasal2 aku ternangis pulak bile terkenangkan 20 tahun aku hidup aku tak bagi apa2 lagi kat mak abah.. Anak apelah aku ni ha. Kat umah tu, mak abah dah makan ke belum aku tak tau. Entah makan ape hari ni aku tak tau.. Bile terdengar lagu Aishah "Syurga di Telapak Kaki Ibu" kat function tu baru aku sadar aku ade tanggungjawab sebagai anak.. Berlenang pulak air mata aku tak pasal2 ade org hulur tisu.. haha..

Ni lrik lagunye..

Aishah

Syurga Di Telapak Kaki Ibu

( 1 )

Duhai apakah gerangan budi balasan

Bagi insan melahirkan, membesarkan

Bercucuran airmata bila mengenangkan

Betapakah besar budi ibunda berikan

Siang malam menderita

Hingga entah bila

Sungguh besar pengorbanan

Ibunda berikan

( ulang 1 )

( 2 )

Tiada bahagia jika tiada

Doa puja restu

Syurga itu telapak kaki ibu

( ulang 1 )

( ulang 2 )

 

Jodoh Adalah Takdir...

Posted In: . By soha

Oleh: Mat

"Jodoh di tangan Tuhan, tetapi manusia harus berikhtiar mencari dan memilihnya" Pendapat ini lebih baik dari pendapat pertama, walaupun masih belum sempurna. Masalahnya terletak pada sudut ikhtiar untuk mencari dan memilih jodoh. "Jodoh di tangan Tuhan dan manusia wajib berikhtiar mencari dan memilihnya sesuai dengan ketentuan yang ditentukan Tuhan" Pendapat ini lebih sempurna. Memang itulah aturan mencari dan memilih jodoh.

Selain daripada pendapat di atas, masih ada cara lain yang digunakan di beberapa tempat seperti :

1. Jodoh dicari dan dipilih oleh orang tua tetapi perkahwinan berlangsung atas persetujuan anak.

2. Anak lelaki mencari dan memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan berkahwin bergantung kepada orang tua.

3. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri tetapi keputusan perkahwinan bergantung kepada kedua belah pihak orang tua.

4. Anak lelaki atau perempuan mencari atau memilih jodohnya sendiri serta menentukan sendiri perkahwinannya.

Mengikut ajaran Islam, persetujuan antara kedua belah pihak merupakan perkara asas, iaitu atas persetujuan dari calon suami dan isteri. Ini disebabkan perkahwinan di dalam Islam bertujuan untuk keselamatan dan kesejahteraan pasangan tersebut. Kedua orang tua harus turut serta memikirkan atau memerhatikan jodoh bagi anaknya.

Jadi masalah memilih jodoh dalam Islam boleh dilakukan oleh anak ataupun kedua orang tua. Namun begitu, kedua orang tua tidak boleh sesuka hati mencarikan calon untuk anaknya. Ianya mestilah berlandaskan ajaran Islam.

Bagi menentukan jodoh untuk kaum wanita, setidak-tidaknya perlu diperhatikan beberapa ciri berikut:

i. Pemimpin keluarga yang baik dan bertanggungjawab untuk membina rumahtangga

ii.Mencari nafkah yang jujur dan berhasil

iii. Pasangan ideal dalam erti; - bersikap baik terhadap isteri - dapat memberikan kebebasan berfikir dan memberi pendapat - menerima kekurangan dan kelemahan isteri - dapat membantu tugas isteri dalam keadaan dan kegiatan tertentu - dapat menjaga kewibawaan isteri - dapat membimbing isteri ke jalan yang baik - dapat menghormati dan menyayangi sanak keluarga isteri

iv. Bapa yang baik dan sayang kepada anak-anak

v. Pasangan yang baik zahir dan batin

 

Mp3 Al-Quran

Posted In: . By soha

DOWNLOAD: mp3 Al-Qur'an

1. Surah Al-Fatihah
2. Surah Al-Baqarah
3. Surah Ali 'Imran
4. Surah An-Nisaa'
5. Surah Al-Maa'idah
6. Surah Al-An'aam
7. Surah Al-A'raaf
8. Surah Al-Anfaal
9. Surah At-Taubah
10. Surah Yunus
11. Surah Hud
12. Surah Yusuf
13. Surah Ar-Ra'd
14. Surah Ibrahim
15. Surah Al-Hijr
16. Surah An-Nahl
17. Surah Al-Israa'
18. Surah Al-Kahfi
19. Surah Maryam
20. Surah Taahaa
21. Surah Al-Anbiyaa'
22. Surah Al-Hajj
23. Surah Al-Mu'minun
24. Surah An-Nuur
25. Surah Al-Furqaan
26. Surah Asy-Syu'araa
27. Surah An-Naml
28. Surah Al-Qasas
29. Surah Al-'Ankabut
30. Surah Ar-Rum
31. Surah Luqman
32. Surah As-Sajdah
33. Surah Al-Ahzab
34. Surah Saba'
35. Surah Faatir
36. Surah Yaasin
37. Surah As-Saaffat
38. Surah Saad
39. Surah Az-Zumar
40. Surah Al-Mu'min
41. Surah Fussilat
42. Surah Asy-Syuraa
43. Surah Az-Zukhruf
44. Surah Ad-Dukhaan
45. Surah Al-Jatsiyah
46. Surah Al-Ahqaaf
47. Surah Muhammad
48. Surah Al-Fat-h
49. Surah Al-Hujurat
50. Surah Qaf
51. Surah Adz-Dzariyaat
52. Surah At-Tur
53. Surah An-Najm
54. Surah Al-Qamar
55. Surah Ar-Rahman
56. Surah Al-Waqi'ah
57. Surah Al-Hadid
58. Surah Al-Mujadilah
59. Surah Al-Hasyr
60. Surah Al-Mumtahanah
61. Surah As-Saf
62. Surah Al-Jumu'ah
63. Surah Al-Munafiquun
64. Surah At-Taghabun
65. Surah At-Talaq
66. Surah At-Tahrim
67. Surah Al-Mulk
68. Surah Al-Qalam
69. Surah Al-Haaqqah
70. Surah Al-Ma'arij
71. Surah Nuh
72. Surah A-Jin
73. Surah Al-Muzammil
74. Surah Al-Muddathir
75. Surah Al-Qiamah
76. Surah Al-Insaan
77. Surah Al-Mursalat
78. Surah An-Naba'
79. Surah An-Naazi'aat
80. Surah 'Abasa
81. Surah At-Takwiir
82. Surah Al-Infitar
83. Surah Al-Mutaffifiin
84. Surah Al-Insyiqaaq
85. Surah Al-Buruj
86. Surah At-Taariq
87. Surah Al-A'laa
88. Surah Al-Ghaasyiah
89. Surah Al-Fajr
90. Surah Al-Balad
91. Surah Asy-Syams
92. Surah Al-Lail
93. Surah Adh-Dhuha
94. Surah Al-Insyirah/Al-Syarah
95. Surah At-Tin
96. Surah Al-'Alaq
97. Surah Al-Qadr
98. Surah Al-Baiyinah
99. Surah Al-Zalzalah
100. Surah Al-'Aadiyaat
101. Surah Al-Qari'ah
102. Surah At-Takathur
103. Surah Al-'Asr
104. Surah Al-Humazah
105. Surah Al-Fiil
106. Surah Quraisy
107. Surah Al-Ma'un
108. Surah Al-Kauthar
109. Surah Al-Kafirun
110. Surah An-Nasr
111. Surah Al-Lahab
112. Surah Al-Ikhlas
113. Surah Al-Falaq
114. Surah An-Naas

 

oleh : Somebody

Kisah ni pon best gak. Aku suke tengok orang2 Jepun wat cerita nih. Actually citer ni dari negara Jepun sane tu. Orang Jepun suka sangtla wat citer berkaitan perasaan binatang.

Kita Layan....

Pada Zaman Bila tah, ketika sedang mengubahsuai rumah, seorang pemuda
cuba meruntuhkan suatu tembok. Rumah di Jepun biasanya memiliki ruang kosong di antara tembok yang diperbuat dari kayu. Ketika tembok itu mulai roboh, dia menemui seekor cicak yang terperangkap di antara ruang kosong itu kerana kakinya melekat pada sebatang paku.

Dia berasa kasihan sekaligus hairan. Lalu dia memerhati paku itu, ternyata paku tersebut telah ada disitu 10 tahun lalu ketika rumah itu pertama kali dibina.

Apa yang terjadi? Bagaimana cicak itu dapat bertahan dengan keadaan terperangkap selama 10 tahun??? Dalam keadaan gelap selama 10 tahun, tanpa bergerak sedikit pun, itu adalah sesuatu yang mustahil dan tidak masuk akal.

Pemuda itu lalu berfikir, bagaimana cicak itu dapat bertahan hidup selama 10 tahun tanpa berpindah dari tempatnya sejak kakinya melekat pada paku itu!

Pemuda itu lalu menghentikan pekerjaannya dan memperhatikan cicak itu, apa yang dilakukan dan apa yang dimakannya hingga dapat bertahan. kemudian, tidak tahu dari mana datangnya, seekor cicak lain muncul dengan makanan di mulutnya.... AHHHH!

Pemuda itu berasa terharu melihat hal itu. Ternyata ada seekor cicak lain yang selalu memperhatikan cicak yang terperangkap itu selama 10 tahun.

Sungguh ini sebuah cinta...cinta yang indah. Cinta dapat terjadi bahkan pada haiwan yang kecil seperti dua ekor cicak itu. Apa yang dapat dilakukan oleh cinta? tentu saja sebuah keajaiban.

Bayangkan, cicak itu tidak pernah menyerah dan tidak pernah berhenti memperhatikan pasangannya selama 10 tahun. Bayangkan bagaimana haiwan yang kecil itu dapat memiliki kurnia yang begitu mengagumkan.

Saya tersentuh ketika mendengar cerita ini. Lalu saya mulai berfikir tentang hubungan yang terjalin antara keluarga, teman, kekasih, saudara lelaki, saudara perempuan..... Seiring dengan berkembangnya teknologi, akses kita untuk mendapatkan informasi berkembang sangat cepat. Tapi tak peduli sejauh apa jarak diantara kita, berusahalah semampumu untuk tetap dekat dengan orang-orang yang kita kasihi.

"Kasihlah Orang Yang Dikasihi, Sayangla Orang Yang Disayangi, Dan Belanjalah Aku Tiap-tiap Hari"

 

oleh : Somebody

Suatu kisah yang pada ku banyak menyedarkan aku untuk sentiasa bertawakkal kepada Allah s.w.t dan jugak yang mana kita sentiasa yakin dengan kehendakNYa, macam2 boleh terjadi.

kisah ni diriwayatkan oleh Abu Na'im di dalam kitab 'Al-Hilyah' bahawa seorang lelaki lalu disisi Nabi s.a.w. dengan membawa seekor kijang yang ditangkapnya.

Lalu Allah Taala (Yang berkuasa menjadikan semua benda-benda bercakap) telah menjadikan kijang itu bercakap kepada Nabi s.a.w :

Si Kijang itu pon berkata:

"Hai Pesuruh Allah,sesungguhnya aku ada mempunyai beberapa ekor anak yang masih menyusu, dan sekarang aku sudah ditangkap sedangkan mereka sedang kelaparan, oleh itu haraplah perintahkan orang ini melepaskan aku supaya aku dapat menyusukan anak-anakku itu dan sesudah itu aku akan balik ke mari."

Bersabda Rasulullah s.a.w. " Bagaimana kalau engkau tak balik ke mari semula?"

Jawab kijang itu: "Kalau aku tidak balik ke mari, nanti Allah Taala akan melaknatku sebagaimana Ia melaknatkan orang yang tidak mengucapkan selawat bagi engkau apabila disebut nama engkau disisinya."

Lalu Nabi s.a.w. pun bersabda kepada orang itu : "Lepaskan kijang itu buat sementara waktu dan aku jadi penjaminnya."

Kijang itu pun dilepaskan dan kemudian ia kembali ke situ semula. Maka turunlah malaikat Jibril a.s. dan berkata : "Hai Muhammad, Allah Taala mengucapkan salam kepada engkau dan Ia (Allah) berfirman: " Demi KemuliaanKu dan KehormatanKu, sesungguhnya Aku lebih kasihkan umat Muhammad daripada kijang itu kasihkan anak-anaknya dan Aku akan kembalikan mereka kepada engkau sebagaimana kijang itu kembali kepada engkau."

Alhamdulillah..marilah memperbanyakkan bersukur dan berselawat kerana kita tergolong dalam umat Muhammad.


Panjangkan kisah ini kepada sahabat-sahabat dan sudara-mara. Semoga kita sama-sama berusaha dalam menghidupkan rasa kasih sayang terhadap Rasulullah SAW.



"Hai orang-orang yang beriman, masuklah ke dalam Islam secara keseluruhannya, dan janganlah kamu turut langkah-langkah syaitan, sesungguhnya syaitan itu musuh yang nyata bagimu."
(surah Al-Baqarah ayat : 208)

 

oleh: Putera a.k.a NAS

Kisah ni aku nak kongsikan same korang betapa susah payahnye kita wat kerja sendiri orang lain hanya menengok kita dan terus kritik bahawa kita buat sumer salah. Sebelum tu, tak silap aku lah mase skola dulu Ustazah aku ade cakap Saidatina Aisyah r.a telah berkata : "Pekerjaan yang paling-paling mudah sekali dimuka bumi ini adalah mencari kesalahan orang lain, Dan pekerjaan yang paling-paling susah adalah mengislahkan diri sendiri" Sampai hari ni aku pegang kata-kata ni. Dan memang betul lah, semua benda kita buat semua salah dan tak tau lah kenapa. Even benda baik aku buat pon orang kate tetap salah.
Tak faham. Ape yang bestnye minggu lepas aku ade pegi Tropicana Golf Training Center kat Damansara, ade talk dan awareness kat sane. Entah kenapa aku tibe kawan ajak, aku nak pegi. Adela sorang speaker ni Student UiTM Shah Alam berusia 23 tahun amik Electrical Engineering (senior aku la tu) dia ade bakat dalam kesedaran umat akhir zaman. Yang mane talk dia memang mantap giler. Dia bagi kisah "Seorang Anak, Bapak dan Seekor Keldai".. Kisah dia bermula begini...

Pada suatu ketika dulu, yang mana suatu tempat ditanah arab, si anak ngan bapak dia nak pegi berhijrah untuk mencari rezeki yang halal. Hal ini kerana dikampung yang mereka tinggal sudah ramai penganggur, si anak ngn si bapak tu pon penganggur jugak. Takde keje. Hidup mereka berdua je. Si ibu dah lame meninggal akibat kelaparan teramat sangat tahap kritikal. Kehidupan keluarga ini ketika dan waktu itu amat daif, Kais pagi makan petang, kais petang belum tentu lagi dapat makan malan.. Cukup sedey bile aku dengarkan kehidupan mereka itu.

Namun, suatu hari Si anak cakap kat bapak dia "Bapak, jomlah kite keluar cari rezeki, kat kampung kita ni dah takde pape. Padang pasir je. Takkan nak makan pasir je hari2.." Si bapak tanpa berfikir panjang cakap kat si anak : "Jomlah nak, lekas siap2 ajak keldai kita tu yang tinggal sekor je"..
Maklumlah keldai2 yang lain pon dah mati kebuluran. Sedey siot..

Setelah mengajak si keldai itu untuk berhijrah cari makan dan si keldai itu pon setuju nak ikut, Si ayah ngan si anak tengok sesama sendiri.. Dan si ayah kata dengan syahdunye : "nak, keldai ade satu je, keldai pun dah 4hari tak makan, naknaiklah atas keldai, bapak tarik keldai ini".. Tanpa berfikir panjang, si anak pon turuti kata bapaknye..

Setelah 4 jam berjalan, tibalah di suatu Kampung Pasir Beralun.. Ramailah penduduk disana. setibanye mereka diasana, ade seseorang berkata. " Apalah punye si anak, tak bergune! ade ke patut biarkan bapaknye yang dah tua itu menarik keldai. Anak tak berguna" Terdengar kata-kata itu, lantas si anak terus pon turun nak menyuruh bapak dia yang nai keldai, dan si anak yang menarik keldai tu..

Jalan dan jalan dan jalan... Tibalah di Kampung Pasir Bertabur. Sama keadaannya yang tiada tumbuhan. Ramaila penduduk di sana yang juga makan pasir dan menganggur. Ramai orang melihat mereka mungkin tak pernah nampak, dan tiba2 seseorang berkata penuh ego : " Hai, Seorang bapak yang sepatutnye membesarkan anaknye, membiarkan si anak menarik keldai?? Bapak ape ini? Bapak tak kasihan kat anak! Bapak tak gune!" Lantas si bapak turun dan cakap kat si anak " nak, kenapa kita buat semua salah?" dan anak membalas : "entahla pak, sabar je la ye. Kita sama2 tarik keldai ni." Si bapak pon akur dengan kata2 seorang anak dia..

Jalan dan jalan dan jalan...
Maka tibalah di Kampur Pasir Salak. Memang masih ade pasir di kampung itu. So, comfirm2 penduduk di situ makan pasir jugak. pokok pon takde. Mereka sama-sama menarik keldai itu dan pergi ke pekan. Dalam perjalanan, tiba-tiba ada lagi sura sumbang berkata lantang : " Kamu berdua jalan kaki menarik seekor keldai, binatang tunggangan?? Takde otak! ade keldai tak nak naik. Bengong punye orang, manjekan keldai!" Lancang sungguh mulut orang tu, si bapak dan si anak berfikir. Anak pun berkata kepada bapak : "Pak, kita sama-sama jalan kali pun salah??" si bapak pun berkata : " Okeyla nak, kita pun dah penat berjalan, kita sama-sama naik keldai teruskan perjalanan ye?" Si anak pon setuju...

jalan dan jalan dan jalan... Mereka tibalah di Kampung Pasir Berselerak. Pasir dikampung tu tak teratur. bertabur manjang.. Dipendekkan cerita, masih tak jumpe rezeki dan makan pasir lagi.. Tiba-tiba ade jugak orang masih nak cakap " Hoi manusia! tak kesian kat keldai tu ke? Ade ke patut keldai naik sampai dua orang. Menyeksa keldai tu namenye!".. Aduh!... kenapalah semua orang nak salahkan semua tindakan si anak dan si bapak itu, aku cukup kesian sangat2 bile dengar kisah ni. Semua mereka lakukan, semua salah. Dan akhirnye, Si keldai itu bersuara " wahai anak, wahai bapak, sabarlah... kita teruskan perjalanan same2 cari rezeki yang diredhoi Allah s.w.t. Kali ni kita bertiga jalan same2, kalo ade orang kate bukan2 lagi, nanti aku belash diorang!" haha, tanpa disangkakan si keldai itu dah tak tahan melihat si anak dan si bapak itu disindir dan dikutuk oleh orang, si keldai itu pon bersuara.

Maka, dengan kesabaran dan tanpa kenal putus asa, tanpa hiraukan ape orang nak kata, meraka teruskan perjalanan... Jalan, dan jalan dan jalan.. Si keldai itu pun cakap : " Eh, tengok signboard tu?
Kita dah sampai Kampung Gula Pasir.." Mereka sudah sampai ke satu lagi kampung. Kali ini tiada orang pun. Mereka hairan, mereka curiga.. Dengan penuh tawakkal kepada Allah s.w.t, kelihatan sekeliling mereka baanyak gula pasir. kali ni bukan lagi pasir biasa tapi gula. Mereka bersyukur dan menetap disitu dan menjalankan perniagaan Gula Pasir. Mereka menjual gula-gula pasir itu di pekan terdekat. Alhamdulillah, dengan kesabaran dan ketabahan, setelah melalui dugaan dan tohmahan orang, kini mereka cukup bahagia dengan perniagaan gula itu..

haha... aku gelak la ending dia ni...

"Sabar, Tabah, Berdoa dan Bertawakkal bisa Merubah Segala-galanya"

 

Kata Hikmah 1

Posted In: . By soha

"Kebekuan air mata datang dari kerasnya hati,kerasnya hati itu datang dari banyaknya dosa,banyaknya dosa itu datangnya dari kerana banyaknya angan2 mencintai dunia dan cinta kepada dunia adalah sumber kepada segala dosa"
-zakiyyatul-